APA ITU PENGUJIAN???
UJIAN-bahan yang bertulis atau tercetak oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran belajar murid.contohnya, ujian kloz.menguji kefahaman membaca.ujian imlak menguji kemahiran mendengar.
PENGUJIAN adalah lebih kepada proses sesuatu kemahiran bahasa itu diuji.PENGUJIAN juga adalah proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan olh guru terhadap pelajar.
MATLAMAT PENGUJIAN adalah untuk menguasai sama ada pelajar-pelajar telah kuasai kemahiran pengetahuan atau sikap yang ingin disampaikan guru.
APA ITU PENGUKURAN???
PENGUKURAN adalah proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu cara kuantitatif. contohnya, bagi nilai berat kepada timbangan, bagi jumlah suhu badan, jumlah markat pelajar.
PENGUKURAN adalah satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
APA ITU PENTAKSIRAN???
PENTAKSIRAN adalah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya buat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, PENTAKSIRAN merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,merekod,memberi skor dan menginterpretasi maklumat.